Pages

....a place you grow wanting to leave only to realise its where you want to be :)

Followers

Wednesday, June 1, 2011

Cuti2 Malaysia - Langkawi, Kedah Darul Aman

Salam...

Nampaknya sy baru berpeluang untuk bercerita hobi saya yang 1 ni...CUTI2 MAKAN ANGIN huhu..semenjak 2 menjak di penghujung usia 20an, sy amat gemar meluangkan masa bercuti kemana saja.Biasanya my Bff akan menemani lah..or kadang2 family..Sy suka survey2 tiket penerbangan sewaktu diaorg buat sale, time tu amat berbaloi kalau kita berjaya merebut peluang untuk mendapatkan tiket2 murah..sebagai cth sy pnah mendapatkan Return Tiket ke Padang, Indonesia for my Parents dgn hanya RM70 utk 2 org...pergi balik tau..berbaloikan!!
So hari ni, sy nak story pengalaman sy bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah of kos with My Bff Dila & My Sis Fatihah :)...Flite tiket 6bulan dah book dgn harga RM55 seorg kalau x silap masa tu, Hotel pun 3 bulan awal dah book sebab nak rebutkan Promo Island Gateway Pakej @ Berjaya Langkawi Resort...4hr 3mlm Deluxe Room with b'fast + extra bed RM1450.Pada sy harga tu amat murah, sbb saya pnah survey Berjaya Resort Langkawi for Superior Room RM450++ without b'fast, kalau deluxe RM600++...Kalau xde pakej promo tu mmg x duduk Berjaya la kut hehehe...Eh lupa dalam pakej tu siap dapat Free Massage SPA for 3 person..sebab tu tanpa ragu2 saya terus book :)
Ok let we start...Day 1st, flite kami pagi jam 11am dah sampai airport langkawi..kami di jemput oleh driver dari Berjaya Resort..otw resort kami sempat mintak abg driver sgah KFC nak tapau for lunch muahaha!!..memandangkan kami awal so, lepak2 je lah kat lobi sementara tunggu nak cek in with our Welcome drinks :)..Kami dpt cek in lebih kurang jam 12.30 & guest wat bilik kami di upgrade kan kepada Premier Chalet wahh tgk harga RM1000++ per nite..best!!! Tq to Berjaya kerana bg peluang kami merasa jadi org kaya hahaha!!!...
Hari pertama we all decide nak lepak kat resort jer..pergi massage @ Ayura spa, high tea @ Lobi & Dinner @ Phad Thai Restoran..restoran terapung dalam resort jugak..Petang sempat jugak lepak beach khas untuk tetamu Berjaya sahaja :)

Day 2....
Sepatutnya program hari ke2 kami akan ke Pulau Payar, tapi masalah date teknikal pospon Pulau Payar untuk hari ke 3 & hari ke2 kami amik pakej Island Hopping.RM45/person.Kami akan di bawa ke 3 destinasi, iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah & Eagle Feeding...Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar, cuaca pun sangat baik..dalam bot kami ada 4 org Korea & sepasang pengantin baru (saya teka jer sbb inai masih merah di jari hehe) Di tasik dayang bunting saya & dila sempat naik bot kayuh..kami kayuh ke tengah tasik konon2 nak ceduk air tasik yg lebih jernih kat bahagian tengah..& ternyata memang air tasik sgt jernih..lansung xde kelodak..dengan lafaz Bismillah Selawat keatas nabi kami pun minum la air tu..dengan niat kami dikurniakan kesihatan dalaman yang baik..Amin :)
Hampir 2 jam aktiviti Island hopping kami, kami singgah underwaterworld untuk ambil kereta sewa..chery yang comel Auto dengan harga RM40/day..murahkan??? itulah untungnya bercuti bukan waktu cuti sekolah hehehe...
Kali ni kami drive sendiri ke gunung Mat cincang untuk naik Cable Car..ingatkan time tak cuti sekolah ni xde la ramai(sebab saya pernah naik dan beratur hampir 2 jam untuk naik cable car ni)..tapi rupa2nya masa kami sampai manusia beratur dah macam ular..pelik jugak tak sekolah ke budak2 nih?Setelah di selidik, mereka semua adalah rombongan cik kiah dari Kelantan..Kelantan cuti hari agung rupanya bersambung dengan cuti hujung minggu..patutlah huhu...jadi kami pun sama2 la beratur untuk naik Cable Car tu...Then setelah puas meronda & ambil gambar, kami lunch kat fud court kaki gunung makan laksa kedah kuah cayaq hahaha sedap weh!!..Perut dah kenyang kami decide untuk pergi pekan kuah, takde niat nak shopping cuma nak beli coklat jer...mmg kami sesungguhnya beli coklat semata2 penuh 1 bagasi ala2 AF tu hehe..
Petang kami balik semula ke resort, rehat sekejap & malam keluar cari dinner..ingat nak makan seafood, Alhamdulillah jumpa restoran seafood @ Pantai Chenang.Boleh tahan jugak la foodnya.Kami cuma bakar2 jer x ambil nasi pun :)





Okeh, sampai disini dulu untuk part 1 cuti2 Langkawi..InsyaAllah untuk day 3 & day 4 akan di sambung dalam next entry Part 2 cuti2 Langkawi
Sampai jumpa lagi...Assalamualaikum :)


p/s: Sempat saya singgah menjenguk bekas Kolej Lagenda yang pernah menjadi tempat saya menuntu ilmu tahun 2009....'Kolej Lagenda In Memory'



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...