Pages

....a place you grow wanting to leave only to realise its where you want to be :)

Followers

Thursday, September 5, 2013

Part 1 : Persediaan Umrah



Alhamdulillah..
Dari tahun lepas saya selalu sebut kalau ada rezeki saya nak pegi umrah..
Syukur Tuhan makbulkan doa sy untuk jejak kan kaki sy ke Tanah suci tahun ni.

Tahun 2013 jugak saya bergelar ISTERI kepada En.Nasrun Mustapha..
Sebagai hadiah perkahwinan hubby hantar saya untuk menunaikan Umrah bersama mama & ayah..
Tq sayang..satu hadiah yang tak ternilai walaupun kita pergi berasingan..mungkin ini bahagian kita.

Saya ambil Pakej dari Travel Agency yg sangat popular kepada mereka yang nak menunaikan Umrah..
Andalusia nama agency tu..sebenarnya pakcik saya yg uruskan semuanya..
Masa mula saya decide untuk register xde siapa lagi yg tahu kecuali hubby & pakcik saya.
Dalam group kami yang akan bersama nanti saya, mama, ayah, family my uncle, tok & wan.
Untuk pengetahuan tok saya seorg pesakit buah pinggang yang berusia hampir 70 tahun..dan lebih 10 tahun dia menjalani proses cuci darah 3x seminggu..pada mulanya saya terfikir jugak macam mana la agaknya nnt keadaan tok saya di sana..namun saya percaya kuasa DIA tiada yang mustahil.

Mula2 sy cuma bayar RM300 untuk book tempat..tapi dengan bayaran RM300 tu pihak Andalusia dah bagi set luggage kepada peserta..banyak dan besar2 pulak tu.
Tarikh pemergian saya pulak sebulan selepas majlis perkahwinan saya..
Segala persiapan mmg saya buat dalam sebulan tu lah..sebab saya sangat bz dgn Majlis sebelum tu dan juga kerja2 saya yang lain..

Sekadar membantu kepada mereka2 yang berhajat untuk menunaikan Umrah..di sini saya senaraikan apa yang perlu di buat sebelum berlepas..

1. Dah tentu lah penyediaan passport & VISA kan..alhamdulillah permohonan saya di uruskan oleh pihak Andalusia. Saya cuma perlu sediakan surat beranak (bagi membuktikan saya anak kandung kepada mahram sy iaitu ayah saya) dan salinan Kad Pengenalan ofkos passport yang masih belum tamat tempoh. * Untuk pengetahuan semua pihak kerajaan Arab Saudi sekarang sangat tegas dengan kemasukan jemaah..bagi wanita berusia bawah 45thn hanya di benarkan pergi bersama Ayah @ suami jer..kira dah xde konsep tumpang mahram ni..Oh yer..untuk tujuan Visa ni jugak kena sediakan gambar 4 keping..bukan gambar posing2 tau..pegi kedai gambar cakap jer apek sy mau tangkap gambar untuk Umrah * kenapa apek? haha

2. Buku suntikan Umrah (Suntikan meningitis ACYW135)..
Suntikan ni boleh buat kat mana2 klinik swasta atau kerajaan..sy buat dengan klinik swasta area Wangsamaju klinik Mutiara caj RM125. ada cerita disebalik suntikan nih..konon2nyer saya kan merahsiakan drp pengetahuan my parents..so pada hari yang sama mama dgn ayah nak pegi buat suntikan tu jugak..so adik sy angah jadi perisik saya haha..untuk makesure saya x terserempak dgn mereka..& tetiber doktor pun konpius..errr yang tadi tu parents awak ke?? haha i yer cik doktor tapi diaorg x tau saya pun pergi..saya nak surprisekan mereka :)



Lebih kurang macam ni lah buku suntikan itu..boleh tahan 3 tahun tau..meaning if next year nak pegi lagi x perlu cucuk dah..

3. Kelengkapan Ihram & Peribadi..
Saya sediakan 3 pasang telekung..8 pasang jubah cotton (Kat mekah & madinah ada khidmat dobi..so jgn risau) kasut, seliper, stoking sy sediakan 4 pasang..sy beli stoking wuduk..sgt senang utk di gunakan, 2 pasang sarung tangan, seluar legging, gunting kecil untuk bertahalul, alatan peribadi @ toileteries, beg galas silang..hmm rasanya ada org pinjam sampai sekrg x dapat balik kannnn..., lip balm, ubat ubatan mmg bnyak saya bawak segala minyak angin, pil chi ki tek aun, aktifast, lotion..botol wuduk pun sgt penting..boleh dapatkan kat kedai2 kelengkapan umrah juga buku2 zikir, solat sunat & doa2..cari yang size kecik2 jer..

4. Untuk persediaan mental & fizikal pulak..perbanyakkan lah solat2 sunat taubat, puasa, kita sendiri tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita nak pergi tempat yang paling dekat di sisi Allah jadi suci kan hati. Yang penting perbetulkan niat umrah..bukan untuk shopping atau menunjuk2..

5. Dan yang paling utama tentulah ilmuan tentang ibadah umrah tu sendiri. Wajib tahu rukum Umrah, niat, tempat dan waktunya..apa itu Dam..banyak baca buku persediaan umrah, kepentingan setiap ibadah seperti tawaf dan saei..sejarah dan hikmah kenapa mesti buat dan sebagainya.

Rasanya itu je kut persedian ekspress yang saya buat..eh ha ah lah kursus Umrah..pihak Andalusia ada menyediakan kursus kepada para jemaah setiap minggu kat opis diaorg..cuma sy yang sangat bz ni yg x berkesempatan untuk pergi akhirnya 3 hari sebelum berlepas baru saya dapat menghadiri kursus tersebut..tapi alhamdulillah Allah permudahkan..hari yang saya pergi ustaz share perjalanan umrah yang sama seperti jadual saya nanti..syukur ya Allah..

Untuk next entri saya akan share perjalanan Umrah saya pulak yer..memang  tak sabar sebenarnya. tapi masa x mengizinkan. InsyaAllah panjang umur ada peluang saya akan kongsikan cerita saya di Mekah dan Madinah.

p/s : How i miss that moment..semoga saya di beri peluang untuk kembali ke sana menjadi tetamuNYA. Aminn


Resepi Rendang Pedas Ayam



Tersebut lah kisahhhhh...
hehe boleh ke nak start cerita resepi mcm ni??

Assalamualaikum...
Yeayy tgh2 bz tiba2 ada mood nak menaip.
Hajat nak cerita pengalaman Umrah..eemmm tapi next lah
nak share resepi Rendang pedas ayam pulak..sebab raya belum habis haha!!

Semenjak 2 menjak jadi mrs nih sy mmg rajin pulak ke dapur
Nasiblah ada mr.google so sy belajar dari mr google jer haha..
cuma pandai2 la olah sikit2 al maklumla sy kan anak chef :)

So hari ni sy nak share resepi yg sy dapat dr mr.google jugak cuma sy x ingat link mana sebab dah lama sgt.
Tapi lepas sekali belajar sy dah pandai buat sendiri tanpa melihat resepi..hebat tak??

Bahan :
1/2 ekor ayam 
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
 2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. 
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam. 
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan ( santan tu dituang biar sampai ayam tenggelam ), cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 




Tadaaaa!! gini lah ghopernyer rendang pedas saya..sedap weh makan dgn lemang..
Tgh2 malam makan dgn nasi panas grg telur pun sodap :)
Tak caye Cubalah!

Wednesday, April 10, 2013

MeRekA saHabaT saYa seLamaNya


~Assalamualaikum~

Dah lama miss nina nak share cerita tentang mereka ini..
Tapi belum pernah ada kesempatan.
So hari ni miss nina akan bongkarkan siapa mereka sebenrnya hehehe..

Pn.Nur Sheila Hassim & Mohd Razlan Mohamed Yusof
Kalau nak di kira usia mereka jauh lauh lebih muda dari miss nina..eh lebih tua lah *bluweekk!!
Tapi kami serasai..hampir 7 tahun kami bersama bermula dgn dealing PA System sehingga sekarang kami bersama2 membina sebuah syarikat bersama Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd
Alhamdulillah..

Hmmm nak bermula dari mana yer..nak cerita yg mcmana sbb terlalu bnyak hahaha!!
Kemana saja kami selalu bertiga..adakalanya berdua..sy & sheila or sy & lan.Tapi sekarang selalu berempat :)
Ramai yg konpius antara saya dgn sheila..kata mereka wajah kami seiras..ye ke?
Tapi the best part ramai yg cakap sy adik sheila itu mmg TERBAEEKK!!!
Sheila selalu"menggunakan" sy bila kami bertiga di khalayak ramai di sesuatu majlis atau show. Dia akan mengaku bahawa sy "wife" lan dan dia manager lan..Alasannya bila dia terlalu bertegas utk bawak lan keluar dari situasi akan keluar isu "Isteri Lan Kristal lebih sudu dari kuah/mengongkong suami" hmmmm sy ni kan pendiam jer..baik sangat..huhu
Bertitik tolak dari situ ramai yg mula konpius mana satu sheila mana satu wife lan? ha camana tu??
tapi biasanya kami biarkan je mereka tertanya2..

Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami bertiga..itu prinsip yg kami pegang.Bukan apa mereka selebrity..sy pulak adakalanya akan selalu keluar berdua dgn lan..so kami xnak suara2 dari luar akan memusnahkan persahabatan kami..sy selalu berpesan dgn sheila if anything yg awak dgr mencurigakan pls pls pls tanya saya atau lan..alhamdulillah kami trust each others..
mereka2 di sekeliling kami family dah cukup kenal dgn kami itu yang paling penting pada saya..biarlah apa org lain nak kata.
SHEILA
Dia ni kadang clumsy..kadang2 hati kering..dan sgt cepat lupa apa yg dia cakap atau buat walaupun x sampai 10 minit..susah jugak kadang2 tu..tapi sy selalu abaikan jer. Pn,sheila ni sgt senang tlg orang..cubalah mintak tlg apa2 dgn dia insyaAllah dia akan bantu..if dia xselesaikan pun dia akan cari alternatif utk bantu org tu..itu pn.sheila..adakalanya saya marah jugak..pantang org mintak tlg or sebut apa2 yg menarik laju jer dia akan sit down dgn org tu haish!!
Satu lagi kelebihan Pn.Sheila dia cukup di senangi di kalangan mak2..dia senang nak absorb dgn situasi..mudah mesra kata org.
Mummy ni selalu marah or komplen Qaleesya gtu gni..tapi sy perasan Qaleesya sebenarnya sebijik ikut perangai dia..Umie pun sedar cuma kami jer malas nak cakap kat dia..
One more thing mummy kalau x jumpa nasik adoiiiiii!!!
Pernah sekali masa kami kat Guanghzhou dia heretnya sy dgn lan malam2 yg sejuk suhu rasanya masa tu 3'(xde pun tande bulat kecik tu huhu..boleh la yg ni) naik motor bertiga..Allahuakbar tuhan je lah yg tahu rasa nak gigit jer minah nih!! Semata2 kerana nak carik nasik!!
Dari segi kerja tip top..kadang2 kalau terlebih rajin benda yg kita rasa xyah buat dia akan buat jugak..bila kita ckp..eh xboleh awak kena buat nnt mcm ni mcm tu..hmm baeekklaahh..
Tapi bila mai time malas dia..Cik pena tlg tu..cik pena tlg nih..aiyaa!!
But u r still my best buddy dear frenz...susah senang kelebihan kekurangan kita complete each others..
Hope sehingga selamanya kita tetap bersama..semoga kita di jauhi dgn fitnah2 org..Amin..


Mummy with Qeesyara.. Bonda with Qaleesya :)

 Bila Kami jumpa Durian @ My Hometown Kuala Kangsar


Bila kami Sewel gini lah jadiknyerrrr


LAN KRISTAL
Hmmm mamat nih masa mula kenal x bnyak ckp pun..tunduk jer.nak pulak muka sy menyombong masa tu..kalau dia nak ckp apa2 dgn sy dia akan bgtau pn.sheila.
Tapi sekrg keje dia nak mengusik org jer..yg menyakitkan hati pulak tu. Kalau korang nak tau mamat nih kedekut tau..haish susah betul dia nak letak lebih dr  RM30 dlm wallet dia.. yg selalu jadi mangsa keadaan saya lah..tapi rm10 sy keluar rm50 saya pau dia balik lepastu..hahaha dan dia xpnah berkira..*Kadang2 pn.sheila yg selalu jadik tok dalangnyer..en.lan hanya pasrah jer bila terkena dgn kami :)
Pernah sekali masa sy bawak dia pegi show berdua pn,sheila ada urusan lain..habis show kami nak mkn lapar sgt..dia la ajak sy mkn bihun sup sedap katanyer..ok jom lah..Baik punya kami oder bihun sup dgn nasik ayam..tgh makan tetiba sy teringat "Yang, kita ni ada duit x nak bayar?" sbb before tu kami guna jockey utk parking kat tempat show dan di pau sy rm20 utk bayar jockey sbb x sempat cucuk katanyer..sy pun kebetulan ada rm20 tu je lah dlm wallet. Kelam kabut kami selongkar beg kumpul duit singgit2 nak bayar makan huhu nasib cukup..siap dgn syiling lagi..en.lan en.lan adooiyaiii!!
 Atas stage dia memang di lahirkan sebagai rockers..tapi mengenali dia secara peribadi dia seorg yg pendiam sebenrnya..jarang bersuara suka pakai org tengah..play safe la tu..



 1st time diaorg dapat Laksa Serupp haha!! Laksa hirup dgn straw dlm plastik air..


Itulah serba sedikit cerita tentang mereka percaya ataupun x kami pernah terserempak cuti2 di cameron highland pada tarikh dan waktu yang sama padahal xpernah kami rancang..sy dgn dila mereka berdua dgn family.Masing2 masa tu mmg last minit punya perancangan..wut a surprise!!
Hampir 4 tahun setiap kali raya belum pernah lagi diaorg miss untuk beraya bersama2 saya di kampung..aprct it very much guys..Raya tahun ni kita raya sama lagi yer...

Layan la gambar2 ni dulu..a'tually ini jer yg ada dlm lappy..gambar2 yg x terpilih utk masuk dalam Fb so kira ekslusif la yer..



 Time open house Raya mesti ada muka diaorg hahaha!!



  Inilah percutian mengejut kami di Cameron Highland





Every year mesti ada surprise birthday party utk sy..Tq uols..
Hmmm satu lagi rahsia mereka..setiap kali pn.sheila nak beli hadiah utk lan dia akan carik saya & mintak saya rahsiakan dr lan..dan same goes to lan bila nak beli hadiah sheila dia akan ajak sy 'berdating' utk tlg pilihkan hadiah sheila..adoiiii Cik Fena jugak!!!
My hubby kadang2 pernah komplen..u ni asyik2 shiela dgn lan hahaha!!

Maybe itu saja la setakat hari ni..bila2 sy akan update lagi kisah mereka yer.
To Pn.Sheila & En.Lan
Tq so much for everything
Luv u Guys!!

~Alhamdulillah~

Assalamualaikum semua....

Finally miss nina sempat untuk menulis lagi..
Saya sgt2 lah bz..bila x bz xde mood + penat huhu

Alhamdulillah..now miss nina dah jadi mrs *tutup muka malu ceh!
Penantian, pengorbanan 9 tahun berakhir sudah..dan sekarang  mengharapkan di permudahkan segala urusan selepas ini...masih mendebarkan hmmmm..semoga dilembutkan hati 'dia' untuk menerima.

Majlis Resepsi 29hb Mac lepas berjalan dgn sgt lancar alhamdulillah..
Walaupun hujan yg sgt lebat pada siang hari..namun cuaca bertukar catik pada waktu malam..syukur.
Jemputan yg pada awalnya di jangka 500pax bertambah hampir seganda..mungkin nak rasa wedding waktu malam kut..ramai yg yg bertanya kenapa malam?Hari Jumaat pulak tu.. hehe..saje buat kelainan :))

Terima kasih tidak terhingga pada semua tetamu yg menghadirkan diri..harap2 kalian semua berpuas hati xde cacat cela di sana sini..kalau ada mohon di maafi..hahaha..pengantin sesungguhnya x mampu nak melayan semua tetamu..mungkin ada yg terlepas pandang..

Terima kasih jugak yg tidak terhingga kepada semua kwn2 saya Pundekiannnzzz group..*sori nama pelik sikit..tp itulah kami :)
Joy..tqvm bersama2 dgn dila & diana utk jaga my candy corner..utk bersama susah senang dgn aku sepanjang majlis..
Angah & adik yg bertungkus lumus sebelum majlis lagi..katanya flat 2 hari..aprcte it vr much..
Pn.sheila & hubby En.Lan..uols mmg buat sy sgt2 terharu..to be my side all the way..hanya tuhan yg mampu membalas..sy dah balas kan belanja kari kepala ikan malam tu ngeh3..
To Mama & Ayah..tq so much..kerana memahami, mengerti dan menerima seadanya pilihan anakanda mu ini..
Sedara mara yg sama2 membantu ribuan terima kasih di ucapkan...

To my hubby Mr.Nasrun Mustapha..tq syg...terima kasih kerana menggembirakan hati mama & ayah..walaupun berbagai dugaan yg kita hadapi tapi masih bersama2 b merealisasikan majlis kita ini. I know it's not easy for you..Luv u till Jannah..Semoga perkahwinan kita di berkati olehNYA

Hmmm..nak letak gambar semua gambar xde dalam lappy ni..agak kemalasan nak download pulak..so boleh jenguk2 kat FB je lah yer..

From Tepen With Love..Bye!!

Tuesday, November 27, 2012

Tq Si Tenggang :))

salam...
Ada org tegur..lama x up date blog
Haha terharu ada yg perasan blog miss nina dah bersawang
Kak bz dik...koho2 deh..nnt kak update cerita BTN bereh
Bye!!!



Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

Multitasking....

Salam Semua!!! Lama jugak Miss Nina x menulis kan... Awal2 tahun ni agak bz la hukhuk!! Now sy seorg Multitasking cewah!! Sy la boss, sy la jugak kuli hehe.. Setelah hampir setahun contracted with Prudential sy dh mula mendapat rentak.. Dah ada aura utk nak bercakap ttg Prudential bila jumpa org.. & I luv my new Job... Alhamdulillah kerana now dah mula rasa berbaloi hasil dr sales Prudential Kerja x susah mana pun, cuma perlu jumpa & fahamkan org ramai ttg kepentingan Insurans InsyaAllah Ada je rezeki, kerana zaman sekrg Insurans adalah sesuatu yg 'wajib ada'.. Tetapi Masih ramai jugak yg x brp faham konsep Insurans...Katanya blm mampu..sedangkan golongan yg 'belum mampu' la perlu ada Plan utk masa depan..ye lah klu dh bnyak sgt duit anytime nak masuk hospital pun x kisahkan... Yang bestnya kerja ni..u decide bila u nak kerja, brp income u sebulan & kita bebas tanpa pressure Bos haha itu yg penting utk saya ngeh3.. Just to share now every month I can manage my increment RM200/month...so kira la sendiri bila sy dah setahun dlm bisnes ni :)))...& how much I can get setahun lg..best x?? Itu kerja main2 jer tau huhu.. Baru2 ni sy telah di offer oleh my best buddy utk buat part time as a coordinator for team production from Singapore Pn.Sheila & en.razlan yg offer job ni...sy cuma perlu bekerja utk 6hr & my payment in SG dollar..Wah sgt menarik!! Why not kannn...tugas sy cuma kena jaga Kumpulan Search..their call time, makan, Konti Radio, soundcheck & yg sewaktu dgn ya lah...oh lupa, Sy bekerja utk Penganjur yg menganjurkan Konsert Search & xpdc Live In Singapore 28hb Jan @ stadium tertutup Spore... Satu pengalaman yg sgt menarik, bila dpt mengenali Legend Rock Kumpulan Search dgn lebih dekat.. My next job for konsert Ella & Awie juga di Singapore...can't wait :)) Dalam masa yg sama sy Masih aktif as a wedding planner..cuma dah x full time je with my uncle's com.. Sy Cuba untuk mempelbagaikan bidang kerja..seronok bila dpt timba bnyak pengalaman dgn pelbagai bidang.. Bnyak benda baru yg belajar... So do pray for me yeah...semoga sy success dlm bidang2 yg sy ceburi..InsyaAllah... Gud nite semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...