Pages

....a place you grow wanting to leave only to realise its where you want to be :)

Followers

Thursday, September 5, 2013

Part 1 : Persediaan Umrah



Alhamdulillah..
Dari tahun lepas saya selalu sebut kalau ada rezeki saya nak pegi umrah..
Syukur Tuhan makbulkan doa sy untuk jejak kan kaki sy ke Tanah suci tahun ni.

Tahun 2013 jugak saya bergelar ISTERI kepada En.Nasrun Mustapha..
Sebagai hadiah perkahwinan hubby hantar saya untuk menunaikan Umrah bersama mama & ayah..
Tq sayang..satu hadiah yang tak ternilai walaupun kita pergi berasingan..mungkin ini bahagian kita.

Saya ambil Pakej dari Travel Agency yg sangat popular kepada mereka yang nak menunaikan Umrah..
Andalusia nama agency tu..sebenarnya pakcik saya yg uruskan semuanya..
Masa mula saya decide untuk register xde siapa lagi yg tahu kecuali hubby & pakcik saya.
Dalam group kami yang akan bersama nanti saya, mama, ayah, family my uncle, tok & wan.
Untuk pengetahuan tok saya seorg pesakit buah pinggang yang berusia hampir 70 tahun..dan lebih 10 tahun dia menjalani proses cuci darah 3x seminggu..pada mulanya saya terfikir jugak macam mana la agaknya nnt keadaan tok saya di sana..namun saya percaya kuasa DIA tiada yang mustahil.

Mula2 sy cuma bayar RM300 untuk book tempat..tapi dengan bayaran RM300 tu pihak Andalusia dah bagi set luggage kepada peserta..banyak dan besar2 pulak tu.
Tarikh pemergian saya pulak sebulan selepas majlis perkahwinan saya..
Segala persiapan mmg saya buat dalam sebulan tu lah..sebab saya sangat bz dgn Majlis sebelum tu dan juga kerja2 saya yang lain..

Sekadar membantu kepada mereka2 yang berhajat untuk menunaikan Umrah..di sini saya senaraikan apa yang perlu di buat sebelum berlepas..

1. Dah tentu lah penyediaan passport & VISA kan..alhamdulillah permohonan saya di uruskan oleh pihak Andalusia. Saya cuma perlu sediakan surat beranak (bagi membuktikan saya anak kandung kepada mahram sy iaitu ayah saya) dan salinan Kad Pengenalan ofkos passport yang masih belum tamat tempoh. * Untuk pengetahuan semua pihak kerajaan Arab Saudi sekarang sangat tegas dengan kemasukan jemaah..bagi wanita berusia bawah 45thn hanya di benarkan pergi bersama Ayah @ suami jer..kira dah xde konsep tumpang mahram ni..Oh yer..untuk tujuan Visa ni jugak kena sediakan gambar 4 keping..bukan gambar posing2 tau..pegi kedai gambar cakap jer apek sy mau tangkap gambar untuk Umrah * kenapa apek? haha

2. Buku suntikan Umrah (Suntikan meningitis ACYW135)..
Suntikan ni boleh buat kat mana2 klinik swasta atau kerajaan..sy buat dengan klinik swasta area Wangsamaju klinik Mutiara caj RM125. ada cerita disebalik suntikan nih..konon2nyer saya kan merahsiakan drp pengetahuan my parents..so pada hari yang sama mama dgn ayah nak pegi buat suntikan tu jugak..so adik sy angah jadi perisik saya haha..untuk makesure saya x terserempak dgn mereka..& tetiber doktor pun konpius..errr yang tadi tu parents awak ke?? haha i yer cik doktor tapi diaorg x tau saya pun pergi..saya nak surprisekan mereka :)



Lebih kurang macam ni lah buku suntikan itu..boleh tahan 3 tahun tau..meaning if next year nak pegi lagi x perlu cucuk dah..

3. Kelengkapan Ihram & Peribadi..
Saya sediakan 3 pasang telekung..8 pasang jubah cotton (Kat mekah & madinah ada khidmat dobi..so jgn risau) kasut, seliper, stoking sy sediakan 4 pasang..sy beli stoking wuduk..sgt senang utk di gunakan, 2 pasang sarung tangan, seluar legging, gunting kecil untuk bertahalul, alatan peribadi @ toileteries, beg galas silang..hmm rasanya ada org pinjam sampai sekrg x dapat balik kannnn..., lip balm, ubat ubatan mmg bnyak saya bawak segala minyak angin, pil chi ki tek aun, aktifast, lotion..botol wuduk pun sgt penting..boleh dapatkan kat kedai2 kelengkapan umrah juga buku2 zikir, solat sunat & doa2..cari yang size kecik2 jer..

4. Untuk persediaan mental & fizikal pulak..perbanyakkan lah solat2 sunat taubat, puasa, kita sendiri tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita nak pergi tempat yang paling dekat di sisi Allah jadi suci kan hati. Yang penting perbetulkan niat umrah..bukan untuk shopping atau menunjuk2..

5. Dan yang paling utama tentulah ilmuan tentang ibadah umrah tu sendiri. Wajib tahu rukum Umrah, niat, tempat dan waktunya..apa itu Dam..banyak baca buku persediaan umrah, kepentingan setiap ibadah seperti tawaf dan saei..sejarah dan hikmah kenapa mesti buat dan sebagainya.

Rasanya itu je kut persedian ekspress yang saya buat..eh ha ah lah kursus Umrah..pihak Andalusia ada menyediakan kursus kepada para jemaah setiap minggu kat opis diaorg..cuma sy yang sangat bz ni yg x berkesempatan untuk pergi akhirnya 3 hari sebelum berlepas baru saya dapat menghadiri kursus tersebut..tapi alhamdulillah Allah permudahkan..hari yang saya pergi ustaz share perjalanan umrah yang sama seperti jadual saya nanti..syukur ya Allah..

Untuk next entri saya akan share perjalanan Umrah saya pulak yer..memang  tak sabar sebenarnya. tapi masa x mengizinkan. InsyaAllah panjang umur ada peluang saya akan kongsikan cerita saya di Mekah dan Madinah.

p/s : How i miss that moment..semoga saya di beri peluang untuk kembali ke sana menjadi tetamuNYA. Aminn


3 comments:

  1. Assalamulaikum Nina. sy terbaca blog post ini semasa mencari pakej umrah untuk pesakit buah pinggang. untuk pengetahun, ayah saya pun ade penyakit ni dan dia dialisis 3 kali seminggu. kalau tak menyusahkan awak, boleh tak share dgn sy macam mana prosedur untuk atuk awak? perlu untuk bawak additional ubat or kat sana ade dialisis ke camne. sebab kalau boleh sy nk sangat hantar ayah sy pergi umrah. nak pegi haji, orang tabung haji cakap susah untuk register sebab die dah dialisis 3 kali seminggu. harap nina boleh bantu saya. terima kasih
    -irda

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..
    Hai irda, alhamdulillah perjalanan tok sy di sana di permudahkan..utk pengetahuan setiap jemaah malaysia yg perlu rawatan dialisis di beri percuma di mekah dan madinah..kita hanya perlu ke mana2 hospital terdekat dan register so terus boleh bolh buat dialisis tanpa sebarang bayaran..cuma proses menunggu tu agak lama dan org2 arab ni agak kurang mesra dia x bgtau bila septtnya turn kita akan sampai..dia cuma ckp tunggu tunggu dan tunggu jer..dr hotel ke hospital boleh amik teksi..mcm tok sy hari tu pihak andalusia yg tlg utk dptkan teksi utk ke hospital..sepanjang 2 minggu kami di sana hanya 4 kali tok sy buat rawatan dialisis..kalau kat msia mungkin dah bengkak2 kaki atau ada efek2 lain sebab kurang 2 hari kan tp di sana alhamdulillah tok sy sihat xde kesan mudarat..
    Percayalah kalau niat kita baik nak bwk ayah kita ke Tanah suci insyaAllah segalanya akan di permudahkan...DIA pasti akan membantu dan memberi jalan..
    Good luck utk awak irda..kalau ada yg x faham boleh tnya sy nnt..kalau sy tahu insyaAllah sy bantu...

    *Sebenarnya sy baru kehilangan tok sy sebulan yg lalu..Al-Fatihah utk arwah tok

    ReplyDelete
  3. Salam. Dah 10 tahun ni sis. Sis ok ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...