Pages

....a place you grow wanting to leave only to realise its where you want to be :)

Followers

Monday, June 20, 2011

Istimewa buat Wan Chop & Tok Temah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah apa yang di rancang berjalan dengan sgt lancar dan sempurna. Buat julung2 kalinya satu keluarga besar 4 generasi berjaya di satukan di Bukit Merah Lake Town Resort..Satu Program Family day telah kami rancang hampir 8 bulan..banyak dugaan, spekulasi, dan juga ketidak percayaan program ni mampu di laksanakan.Namun, berkat sokongan dan kekuatan Ukhuwah sesama keluarga Family Day Tuan Haji Yussof Che Mai & Puan Fatimah Samsudin telah terlaksana dengan jayanya selama 2hari 1 malam.Tahniah kepada semua!!!
Sebenarnya idea ni datang dari saya sendiri & My sister Fairuz Yusof Azmi @ angah..saya dan angah cuba menyediakan proposal untuk di unjurkan kepada keluarga..kami pergi dulu kepada our Uncle Lutfi @ Pakdapi & Asri @ Pakjang untuk mendapat pandangan serta idea.Alhamdulillah proposal kami di terima dengan baik.Setelah mendapat sokongan dari 2 org kuat tersebut barulah kami berani untuk mengwar2 kan kepada family lain, sekali lagi Alhamdulillah kami mendapat respon yang sangat baik..
Maka dengan lebih bersemangat kami terus rancang & mengerjakan rancangan dengan lebih teliti.Setelah memilih tempat, menyediakan program & mengambil kira kos serta peruntukan, Bukit Merah Lake Town Resort telah di pilih serta bayaran RM60/person akan di kenakan kepada family.
Dan bermulalah hari bersejarah yg dinanti nantikan oleh semua ahli keluarga Tn.Haji Yussof & Puan Fatimah. Hari pertama..Sabtu 11hb, semua peserta diminta untuk mendaftarkan diri di perkarangan Tropicana Apartment (6 buah apartment telah disewa untuk semua family).Seawal jam 8.30 pagi kaunter pendaftaran di buka.Setiap peserta di berikan wristband Waterpark Combo Tiket , pamplet(No.siri cabutan bertuah, penginapan & aturcara majlis), Cenderahati Mug untuk dewasa & drawing block untuk kanak2..sarapan pagi juga turut disertaka (sponsor by Paksu & Maksu)..Aktiviti hari pertama diteruskan dengan acara tele-match di susuli dgn Family photo & Makan tengahari yg turut di sediakan. Kemudian semua peserta di minta untuk cek in ke penginapan masing2 yg telah di tetapkan..masing mengambil kesempatan untuk berehat & solat zohor...jam 2.30 kami serbu pulak Laketown Waterpark hahaha acara yg di nanti2kan oleh kanak2...tapi yang sebenarnya golongan senior pun excited jugak...ye lah bila lagi nak merasakan...hampir jam 5 masing2 beransur pulang ke apartment berehat sebentar untuk acara malamnya di Laketown ClubHouse..
Yesss!!dan malamnya adalah acara kemuncak...Dinner BBQ telah disediakan, Mamat & Isteri Nurul telah di lantik menjadi mc majlis (mereka mmg berpengalaman dalam bidang itu hehe) Bagi memberkati majlis acara di mulakan dgn bacaan doa oleh Abg Nazmi di susuli dgn ucapan dari Pengerusi Pakjang Asri..agak terharu di situ huhu...kemudian di teruskan dengan acara cabutan bertuah..semua ahli keluarga berpeluang untuk mendapat hadiah..sengaja kami konsepkan begitu supaya tiada yg pulang dengan hati kaciwa hehehe...Tahniah kepada Alisya untuk kategori kanak2 & Kak lin bagi kategori dewasa yg telah memenangi Grand Prize malam tu..
Hari Ke-2 seawal jam 7am breakfast di sediakan kerana semua keluarga di minta bergerak ke Jetty untuk ke pulau org hutan pada jam 8.15am...dalam ramai2 tu ada juga yg tertinggal (dah di jangkakan pun huhu) kak lin family terlepas boat untuk bersama ahli terpaksalah mereka merayu untuk naik next boat..Tok & Wan pada asalnya tak mahu follow untuk join rombongan kami, walaubagaimanapun di saat akhir mereka ubah fikiran, mungkin setelah melihat ramai anak cucu jadi bersemangat untuk join sekali hehe..selepas pulau org hutan kami ke ecopark wild life..macam melawat zoo jer tapi binatang kat sini ada kelainan sikit..senang untuk mencari ahli rombongan kalau hilang kerana semua telah di syaratkan untuk memakan pakaian bewarna kuning pada hari ke 2..terasa bangga apabila ada yang melihat ke arah kami :).... Jam 12.30 kami bergerak semula ke Laketown ClubHouse untuk makan tengahari our final meal Nasi Tomato nyum nyum..after that ramai yg beransur2 pulang bagi mengelak kesesakan jalan raya kerana 12 hari bulan last day cuti sekolah...walaubagaimanapun alhamdulillah perjalanan ke Kuala Lumpur sangat lancar...
Masing2 pulang dengan senyuman serta seribu kenangan yang x mungkin di lupakan..and the best part is they already ask me "Ina, tahun depan nak buat kat mana pulak?" wahhh penat yang ni pun tak habis lagi weh!! Tapi untuk seketika saya menjadi sangat bangga kerana usaha kami di hargai..Alhamdulillah
Sekian, setelah sekian lama saya peram story for Family Day akhirnya terkeluar jugak fuhh!!!! banyak lagi entry lain dalam kepala nih..tapi nak setel yang ni punya pasal jadi tergendala huhu..Harap semua enjoy yeah!!!
Jumpa lagi, Assalamualaikum :)











p/s: Kalau ada yg nak hire saya jadi Event Planner ok jugak kan hehehe...peace no war :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...